Friday 27 May 2011

HUBUNGAN X KEKAL LAMA? MEGAPAKAH?

OK..SOALAN DI SITU..MENGAPAKAH HUBUNGAN X KEKAL LAME? CAM POYO LAK ENTRY NI.TP SEYES BEB...SUSAH KOT KALO NAK CR YG BTOL2 NGAM NGAN KITE..MCM2 ORG DA AKU JUMPA....ADE 2,SUH TRIME DIE SBB DIE ADE 1 PENYAKIT MISTERI DAN KRITIKAL DAH NAK MATI....LOGIK KA?HAHAHA...SENGAL NAMENYE OKEH...SO SKRG,JUST WANNA SHARE WITH U OLL, SBB RELEVAN MENGAPAKAH HUBUNGAN 2 X KEKAL LAME...HEHEHE....


..Every relationship has its own problems, but what makes it perfect is when you still want to be there when everything sucks...




SO..BILE DA TAW KNP SBB2NYE,TRY LA WAT SUMETIN YG LEH ELAK KAN BENDA NI TERJADI....HEHE...


OK....SEBAB2 NYE ADALAH:



MENIPU
Kunci utama dalam hubungan kan adalah kepercayaan. Dari awal hubungan tu kepercayaan tu mesti ada. So kalau ada something spoiled, then untuk beri kepercayaan tu kali kedua, confirm macam dah tak best kan? Admit it, percaya tu still ada cuma hubungan tu dah mula ada keraguan. For sure lah cam boring kan? Elakkan dari menipu. Sebab menipu ni ‘pembunuh’ utama dalam hubungan. Walaupun cubaan menipu tu konon konon cam “Alahh benda kecik je”, PLEASE DON’T DO IT. Sebab benda remeh mana pun akan boleh jadi besar. Beware.

HARAPAN/KEBEBASAN
Biasanya, perempuan yang suka berharap ni. Berharap agar lelaki macam bagi perhatian dan kasih sayang. Kan? Same goes to me. Tapi kita sebagai perempuan ni kena faham ada lelaki yang memang jenis caring, kau tak payah berharap pon, dia akan caring dan tunjuk kasih sayang. Tapi kalau dapat lelaki jenis tak kisah langsung pasal kau? Ha tu yang nak emosi 24 jam dekat Twitter kan? Haha. Kebebasan pulak biasanya lelaki lah, yang memerlukan girlfriend yang memahami kalau dia tengah busy ke, tengah lepak dengan kawan ke, tengah spent time dengan family ke.. Tapi lelaki pun, agak lah, dah perempuan kasi kebebasan tu jangan pulak melebih lebih kau pergi cari perempuan lain wtf.

ASYIK ASYIK ‘KAHWIN’
HAAA ni selalunya perempuan lah ni. Kejap kejap kau merengek, “You, bila kita nak kahwin ni? I boringlah single life macamni. Mak I pun dah tanya tanya bila I nak kahwin. Kawan kawan I pun ramai dah bertunang, dah kahwin, dah ada anak.. blah blah blah..” Whoahhh, desperate betul ni. Okay fine, perkahwinan tu memang benda baik, tak elok tangguh tangguh. Tapi agak lah, kalau soalan yang sama kau tanya dekat boyfriend kau setiap hari! Cuba percaya pada jodoh. Kalau dah ketentuan Allah SWT tetapkan kau kahwin esok, esok jugak kau kahwin, jangan risau. Kadang kadang lelaki ni bukannya tak nak fikir soal kahwin, dia lagi over fikir pasal kahwin ni berbanding perempuan sebenarnya, tapi dia nak yang terbaik, nak lengkapkan hidup, nak jalankan tanggungjawab sebagai anak dulu. Faham?

 MENGUNGKIT
Tolonglah. Benda dah lepas, jangan nak flashback balik. Kalau kisah kisah ex bf/gf tu, jadikan pengajaran cukuplah. Tak perlu nak jadikan punca pergaduhan.


BEZA PENDAPAT
Kau suka yang ni, aku tak suka, kau tak suka yang tu, aku suka. Bergaduh sebab berbeza pendapat, childish betul. Lepastu ada pasangan yang mempunyai cita-cita, macam nak sambung study, ataupun nak kerja luar negara ke apa tapi kau tak bagi, kau sekat impian dia. Selfish kan? So tak payah lah. Memang kau akan fikir takut untuk kehilangan dia, takut dia lupa diri, takut dia lupa semua memori cinta, tapi percayalah. Kalau dia sememangnya diciptakan untuk kau, tetap akan jadi milik kau.

STATUS
Contohnya. Kau jenis dari kalangan keluarga kaya raya. Tapi pasangan kau tu cuma ASAL DARI KAMPUNG. Kau nak suruh dia jadi up to date tetiba. Ghee. Cuba terima apa adanya dia. Terima baik buruk dia. Terima kurang lebih dia. Itupun kalau kau betul betul sayang lah kan.

 SAKIT HATI
Kau dah tahu pasangan kau tak suka benda tu tapi kau buat jugak. Banyak kali dia merajuk dan sakit hati sebab benda yang sama, tapi kau ignored perasaan dia. Selfish betul kau ni. Tapi berpada pada lah, kena tengok jugak, apa yang dia tak suka tu. Takkan dia tak suka kau makan, kau tak makan, kan? Pandai-pandai lah.

 MENYUSAHKAN
Ada pasangan yang memang suka menyusahkan pasangan dia. Tak habis habis tambah masalah dekat pasangan. Boring lah life kau kalau macam tu. Memang lah betul, susah bersama, senang pun bersama. Tapi dah kalau tak pernah ada senang, semuanya susah je? Hehehe.

KAWAN-KAWAN DAN KELUARGA
Tak mustahil, kawan-kawan dan keluarga pun boleh menjadi punca perhubungan tu jadi tak stabil. Pengaruh kawan-kawan dan keluarga pun boleh tahan jugak T___T So yeahh, kalau tak pandai nak control, memang habis lah boleh hancur hubungan sekelip mata. Hm.

ACUH TAK ACUH
Yang pasangan kau punyalah sayang kau, kalau boleh satu dunia dia nak bagitahu yang dia bercinta dengan kau. Tapi kau acuh tak acuh, endah tak endah, buat macam dia tak wujud. Kalau kau tak nak kat dia, lepaskan je. Kalau kau sayang, tolong ubah sikit perangai tU!!!






No comments:

Post a Comment