Thursday 26 May 2011

PERSAHABATAN AKRAB ANTARA AIR MATA & WANITA

NI ENTRY SERIUS SKET YEA...NTAH LA...SEJAK 2 MENJAK NI,SENSITIF BTOL LA...XLE SALAH CKP SKET,TROS KUA AIR MATA NI...MURAH SGT..SNG2 NAK KUA..HAHA...BYK SBB KNP WANITA SNG MENGELUARKAN AIR MATA MEREKA..
WANITA MMG MENANGIS TANPA SEBARANG ALASAN KERANA TATKALA ALLAH S.W.T MENCIPTAKAN HAWA DR TULANG RUSUK NABI ADAM,DIA MENJADIKAN KAUM HAWA SGT PENTING KERANA:



Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.


Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri.


Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.


Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih, sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah.


Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.


Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.


Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita?


Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya.Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.


Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.
Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!


Ini airmata kehidupan.



No comments:

Post a Comment